Peristiwa ketika kanak-kanak dan aliran
perkembangan pada tahun-tahun yang awal memberikan kesan yang banyak terhadap
masa depan kanak-kanak. Guru, tidak kira berapa umur murid-muridnya, akan
mendapat faedah sekiranya dia mengkaji kanak-kanak itu pada peringkat
formatifnya. Pertama, dia harus berbuat demikian kerana dia akan memainkan
peranan penting dalam membentuk perkembangan yang akan datang. Kedua, guru akan
hanya dapat memahami seseoarang itu dengan lebih sekiranya dia mengetahui apa yang
berlaku sebelumnya dan akhir sekali kerana guru akan pasti bekerja dengan
kanak-kanak yang telah terjejas perkembangan awal mereka dan mereka akan
memerlukan bantuan mahir dan bimbingan untuk mengatasi masalah mereka.
Zaman kanak-kanak
boleh dibahagikan kepada lima peringkat iaitu peringkat bayi merah atau
neonatal, bayi, peringkat prasekolah, pertengahan kanak-kanak dan praremaja
yang sememangnya membawa kepada remaja. Dalam tugasan ini, pengenalan konsep
asas kepada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan dibincangkan. Selain
itu, tugasan ini juga akan menghuraikan pengertian pertumbuhan dan perkembangan
serta ciri-cirinya. Kanak-kanak mengalami pertumbuhan dan perkembangan
berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhinya juga turut dihuraikan dalam
tugasan ini.
2.0 KONSEP ASAS PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN
Pertumbuhan
dan perkembangan merupakan dua faktor asas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengetahuan mengenai kedua-dua faktor ini adalah asas kepada
penentuan objektif pendidikan, kepada perancangan kurikulum dan kepada
penciptaan teknik mengajar untuk semua pelajar dalam pelbagai peringkat
perkembangan. Perkembangan jasmani, mental, emosi dan sosial menjadi asas di
mana ciri-ciri tingkah laku individu dibina. Di samping seseorang murid yang
membesar itu dibimbing melalui proses pembelajaran, ciri-ciri tingkah laku tadi
akhirnya menjadi tingkah laku yang menjadikan orang itu sama dengan atau
berlainan daripada orang lain.
Pada
masa silam, ramai ahli psikologi telah mempercayai bahawa baka dan alam sekitar
itu merupakan faktor yang berasingan, di mana tiap-tiap satunya mempengaruhi
personaliti seseorang individu serta kebolehannya untuk mencapai sesuatu dengan
caranya tersendiri. Pada masa kini, kita semakin sedar bahawa apa yang difikirkan,
dibuat atau dirasakan oleh seseorang itu sebagai seorang kanak-kanak, seorang
remaja atau seorang dewasa dalam hasil dari saling hubungan yang wujud di
antara faktor warisan biologi dengan pengaruh alam sekitar.
Menurut
Crow dan Crow (1983), pertumbuhan merupakan satu kejadian semula jadi manakala
arah yang diambil oleh pertumbuhan hasil dari faktor luaran dikatakan sebagai
perkembangan. Ini bermakna, pertumbuhan adalah satu proses semula jadi dan
perkembangan pula sebagai hasil dari pengaruh keadaan alam sekitar ke atas
kanak-kanak semasa ia membesar. Jelaslah bahawa pertumbuhan dan perkembangan
merupakan dua proses yang penting kepada individu. Beberapa fakta asas yang
telah didapati dan ditafsirkan secara saintifik mengenai pertumbuhan dan
perkembangan perlu diketahui dan difahami oleh sesiapa sahaja yang merancang
hendak memasuki profesion perguruan.
2.1 PENGERTIAN PERTUMBUHAN
Pertumbuhan
bermaksud perubahan yang boleh dinilai atau diukur dari satu peringkat ke
peringkat perkembangan yang lain. Ia sebenarnya merupakan suatu proses
perubahan yang bersifat kuantitatif, iaitu pertambahan dalam pelbagai sifat
luaran seseorang. Contoh yang paling nyata ialah perubahan sifat-sifat jasmani
seperti saiz, tinggi dan berat badan. Pertumbuhan melibatkan perubahan-perubahan
dari aspek fizikal serta mental dan akan mencapai puncaknya sebaik sahaja
seseorang individu itu mencapai kematangan. Dalam kehidupan seseorang, terdapat
perubahan yang progresif pada struktur tulang, otot, saraf dan kelenjar. Proses
pertumbuhan bagi sesuatu organisma biasanya sudah sedia terancang di dalam
gen-gen yang diwarisi oleh sesuatu keturunan.
Karl
Garrison berpendapat bahawa pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang
individu dalam bentuk saiz badan, iaitu perubahan-perubahan otot, tulang,
kulit, rambut dan kelenjar. Menurut Atan Long pula, pertumbuhan adalah
perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat kepada peringkat yang lain.
Kuantiti perubahan tersebut dapat dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang
dibuat ke atas organisma hidup dari semasa ke semasa. Proses pertumbuhan
sesuatu organisma itu sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh
keturunan. sebagai contoh, ibu bapa yang besar struktur badan biasanya akan
mendapat anak-anak yang berstruktur badan besar juga.
2.2 CIRI-CIRI PERTUMBUHAN
Pertumbuhan
manusia menonjolkan beberapa ciri yang nyata. Di antara ciri-ciri pertumbuhan
yang utama adalah seperti berikut :
a)
Pertumbuhan
ialah suatu proses yang lengkap dan sempurna.
Fenomena
pertumbuhan adalah sesuatu keadaan yang bersifat berterusan dan kuantitatif.
Perubahan-perubahan yang berlaku dalam proses pertumbuhan ini dapat diukur dan
dilihat dengan nyata.
b)Pertumbuhan manusia mengikut corak tertentu iaitu berdasarkan proses kematangan yang dialami.
b)Pertumbuhan manusia mengikut corak tertentu iaitu berdasarkan proses kematangan yang dialami.
Contohnya,
apabila seorang bayi dilahirkan, ia tidak boleh duduk. Apabila kematangannya
telah tercapai pada bulan yang ketujuh, bayi itu berkeupayaan untuk duduk.
c c) Struktur
mendahului fungsi
Struktur
sesuatu kumpulan otot akan menjadi lengkap sebelum digunakan dengan sepenuhnya.
Sebagai contoh yang sama, bayi yang berumur tujuh bulan tadi, sudah mempunyai
otot-otot yang kuat yang membolehkannya duduk selesa.
d) Pertumbuhan manusia mempunyai arah tertentu.
d) Pertumbuhan manusia mempunyai arah tertentu.
Arah
pertumbuhan ini biasanya berdasarkan kepada satu urutan perkembangan umum dan
sifat khusus untuk sistem tubuh badan. Contohnya, kanak-kanak akan menjalani
sendiri latihan merangkak sebelum ia boleh berjalan.
e) Setiap
kanak-kanak melalui peringkat pertumbuhan yang sama tetapi pada kadar yang
berlainan.
Pada
dasarnya, corak pertumbuhan adalah unik tetapi pada dasarnya adalah sama.
f) Pertumbuhan
juga ditentukan oleh baka.
Contohnya,
tinggi seseorang individu adalah ditentukan oleh bakanya. Walaupun makanan yang
dimakan adalah baik dan seimbang, tetapi tinggi seseorang itu tidak dapat
ditingkatkan lagi.
h) Kita dapat melihat pertumbuhan pada kanak-kanak melalui pembesaran saiz fizikalnya. Graf 2.2 menunjukkan perubahan tinggi dan berat mebgikut umur dan Rajah 2.2 pula menunjukkan perubahan pertumbuhan tubuh manusia lelaki dan perempuan mengikut peringkat umur tertentu.
h) Kita dapat melihat pertumbuhan pada kanak-kanak melalui pembesaran saiz fizikalnya. Graf 2.2 menunjukkan perubahan tinggi dan berat mebgikut umur dan Rajah 2.2 pula menunjukkan perubahan pertumbuhan tubuh manusia lelaki dan perempuan mengikut peringkat umur tertentu.
Rajah 2.2 :
Perubahan pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia lelaki dan perempuan
mengikut umur
2.3 PENGERTIAN PERKEMBANGAN
Perkembangan
merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif.
Perubahan kualitatif ini walaupun tidak dapat diukur tetapi jelas menunjukkan
ciri yang berbeza daripada peringkat perkembangan yang lebih awal. Sebagai
contoh, bayi yang baru lahir hanya menangis untuk menyuarakan kelaparannya.
Apabila ia berumur tiga tahun pula, kanak-kanak itu berupaya menggunakan
beberapa perkataan untuk membawa maksud “makanan”. Jelas bahawa kanak-kanak itu
tadi telah mengalami perkembangan.
Karl
Garrison pula berpendapat bahawa perkembangan itu adalah hasil daripada
tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Semua perkembangan, sama ada berbentuk satu siri tingkah laku ataupun
keseluruhan sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi. Secara
ringkasnya, perkembangan bolehlah disifatkan sebagai pengaliran yang saling
berkait di antara perubahan kuantitatif dan kualitatif yang menuju ke arah
tertentu dan yang dijangkakan.
Secara
keseluruhannya, perkembangan dapat dirumuskan sebagai satu proses di mana
individu itu mencapai kematangan. Ia merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat
perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi ternyata perubahan
telah berlaku dengan mekihat kepada sifat yang berlainan daripada peringkat
yang lebih awal. Ia berbeza dengan pertumbuhan kerana ia berlaku daripada
peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini
bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja membawakan sesuatu organisma itu ke
peringkat matang, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan.
2.4 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
a) Perkembangan fizikal adalah berperaturan
dan dapat diramal, baik di dalam peringkat sebelum lahir
mahupun pada peringkat sesudah dilahirkan. Ia mempunyai tiga arah tertentu.
Arah pertama adalah dari kepala ke kaki yang dikenali sebagai perkembangan
“cephalocaudal”. Perkembangan ini berlaku pada peringkat awal umur bayi selepas
ia dilahirkan. Ia berlaku terlebih dahulu di bahagian kepala dan menyusur ke
bahagian belakang tubuh sehingga ke kaki. Arah kedua adalah dari tengah tubuh
ke tepi yang dikenali sebagai perkembangan “proximodistal”. Perkembangan ini
berlaku semasa bayi berada di dalam kandungan ibu. Ia mula di bahagian tengah
tubuh, membesar ke bahagian luar dan ke penghujung anggota. Dalam masa yang
sama ia menjadi memanjang dan berkembang menjadi tangan dan jari. Arah
perkembangan yang ketiga ialah “mass to specific”. Ia berlaku secara menyeluruh
iaitu dari arah yang tidak menetu ke arah yang tertentu. Arah perkembangan ini
berlaku pada peringkat bayi sahaja di mana sesetengahnya di dalam sesuatu
tindakan.
Rajah 2.3 : Arahan pertumbuhan dan perkembangan fizikal
b) Semua kanak-kanak mengikut corak
perkembangan yang sama iaitu daripada satu peringkat ke
peringkat yang seterusnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula menyebut sesuatu
perkataan dengan ringkas sebelum boleh menyebut perkataan tersebut dengan
tepat.
c) Perkembangan berlaku secara
berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat bayi, peringkat
kanak-kanak, peringkat pertengahan kanak-kanak, peringkat awal remaja,
peringkat remaja dan sehinggalah peringkat dewasa.
d) Proses perkembangan bersifat berterusan,
bermulanya dari kejadian bayi dalam kandungan sehinggalah ke ajhir hayat iaitu
melebihi had kematangan. Bagaimanapun,
kadar perkembangan kanak-kanak mungkin tidak sama seperti kadar perkembangan
orang dewasa.
e) Perkembangan banyak mempengaruhi oleh
faktor-faktor baka dan juga persekitaran. Sebagai contoh,
kanak-kanak yang selalu tidak bersarapan pagi semasa hendak ke sekolah akan
menyebabkan tahap perkembangan mental, emosi serta sosial akan terjejas. Selain
faktor makanan, faktor ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan kanak-kanak.
f f) Perkembangan berlaku mengikut kadar yang
berlainan. Perkembangan intelektual kanak-kanak adalah pada kadar
yang lebih cepat jika dibandingkan dengan perkembangan fizikal.
g) Perkembangan bahagian-bahagian anggota
tubuh adalah organisma antara satu sama lain dan mempengaruhi keseluruhan
organisma. Ia berlaku secara serentak dan seimbang.
3.0 KOMPONEN PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Konsep
tumbesaran dan perkembangan boleh dikaji daripada seorang kanak-kanak yang
membesar secara fizikal yang juga akan membina kualiti kelakuan dan
personalitinya. Ini dapat dikategorikan kepada empat komponen, iaitu :
a) Perkembangan
Fizikal
Ini
merujuk kepada tumbesaran saiz badan dan organ-organ fungsi sistem fizikal dan
kordinasi kemahiran motor yang halus dan kompleks. Seseorang individu membesar
dari keadaan bayi hingga ke keadaan saiz dewasa sebelum mengecut kembali
apabila badan mula nelalui proses penuaan.
b) Perkembangan
Kognitif
Ini
merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku semasa otak manusia berfungsi.
Ini termasuklah persepsi, pembentukan konsep, pemerolehan bahasa, daya ingatan,
kebolehan ruang dan kebolehan matematik. Lain-lain aspek perkembangan kognitif
ialah kebolehan penghujahan, penaakulan secara rasional untuk penggunaan dalam
penyelesaian masalah-masalah logik.
c) Perkembangan
Afektif dan Psikologi
Ini
merujuk kepada perkembangan perasan, emosi dan kelakuan individu. Ia melibatkan
kebolehan untuk mengetahui diri sendiri dan kebolehan untuk mengurus emosi
serta ketrampilan diri.
d)
Perkembangan
Sosial
Ia
merujuk kepada kebolehan individu untuk menjalin hubungan dengan orang lain,
membentuk persahabatan dan ikatan. Ia melibatkan perubahan-perubahan dan
perkembangan yang berlaku pada personaliti dan kemahiran berhubung sesama
manusia supaya individu dapat menyesuaikan dan menerima persekitaran sosial di
sekelilingnya.
Pemahaman
yang jelas tentang definisi tumbesaran dan perkembangan akan membantu guru-guru
menyumbang secara positif kepada kemajuan murid-murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
4.0
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
Dua faktor utama yang mempengaruhi
tumbesaran dan perkembangan adalah keturunan dan persekitaran. Faktor-faktor
tersebut diistilahkan sebagai faktor semula jadi dan pemeliharaan. Kedua-duanya
iaitu keturunan dan persekitaran adalah penting dalam tumbesaran dan
perkembangan seseorang individu. Adalah sukar untuk menentukan yang manakah
lebih berpengaruh dan ini terus diperdebatkan ahli-ahli sarjana dan cendekiawan
hingga ke hari ini.
Faktor keturunan merupakan faktor semula jadi yang merangkumi pengaruh baka, perbezaan
individu, perbezaan mental dan perbezaan emosi. Pengaruh baka (genetik)
dalam sel gamet didapati memainkan peranan penting sebagai penentu ciri-ciri
anaknya. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat dilihat
berdasarkan perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Selain itu,
perbezaan setiap individu,kecuali
sesetengah kanak-kanak kembar mempunyai ciri fizikal yang berbeza sama ada
saiz, tinggi, berat badan, warna kulit dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal
luaran seperti warna rambut atau organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen
ibu dan bapa. Perbezaan mental (kognitif) pula menurut kajian
ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheild
(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan intelek
yang berbeza dengan rakan sebaya. Manakala, perbezaan emosi seseorang individu juga diwarisi daripada ibu
bapa. Misalnya, jika ibu bapanya mempunyai sikap yang pemarah dan panas
baran, mereka akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
Faktor kedua
pula dalah faktor
persekitaran yang merupakan faktor
pemeliharaan di mana selain
daripada keluarga, faktor rakan sebaya, jiran, guru sekolah, atau kepercayaan
masyarakat juga mempengaruhi sikap setiap individu dalam proses
perkembangannya. Keluarga adalah institusi memberi pengaruh yang amat kuat dan
utama terhadap proses perkembangan manusia. Unsur-unsur keluarga ini
melibatkan corak kehidupan mereka di rumah, makanan, asuhan dan status
ekonomi. Faktor-faktor inilah yang akan mempengaruhi perbezaan
perkembangan setiap individu. Selain itu, guru
dan sekolah turut berperanan dalam
perkembangan pelajar dari segi intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang
penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dalam
bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, pintar, berakhlak dan
bertanggungjawab. Tambahan lagi, kebudayaan
dan kepercayaan masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi proses
perkembangan kanak-kanak dari aspek sosio emosi, personaliti dan mental.
Misalnya, perbezaan pegangan agama akan membezakan corak hidup dan perlakuan.
Sehubungan dengan itu, murid-murid
hendaklah dibahagikan mengikut kumpulan seperti kumpulan cerdas, sederhana dan
lemah. Bagi murid yang lemah mereka hendaklah diberi pendidikan
pemulihan, selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
5.0 KESIMPULAN
Zaman
kanak-kanak merupakan suatu zaman pertumbuhan dan pembelajaran yang cepat.
Dalam beberapa tahun sahaja seseorang individu itu membentuk satu set tingkah
laku yang paling kompleks. Dia belajar bercakap, membaca, menulis, bekerjasama,
dapat membezakan antara yang betul dengan yang salah dan membuat beribu
penyesuaian lain kepada masyarakatnya sendiri. Sememangnya tidak semua
kanak-kanak sama kejayaanya dalam menguasai tugas-tugas perkembangan yang
diharapkan. Ada kanak-kanak maju dengan cepat dalam sesetengah bidang tetapi
lambat dalam bidang yang lain. Guru yang bijak akan menyedari bahawa
kanak-kanak biasa tidak sama dari segi kebolehannya dan akan berikhtiar untuk
mengubah aktiviti-aktiviti pengajaran bukan hanya kepada setiap kanak-kanak
tetapi juga kepada beberapa perkembangannya.
Dari sudut pandangan pendidikan, tidak
ada masa yang lebih penting dalam kehidupan seseorang selain zaman kanak-kanak.
Guru yang bekerja dengan kanak-kanak pada peringkat ini haruslah memahami
kanak-kanak akan keperluan asas mereka, masalah mereka serta kuasa yang
mengubah dan menghasilkan perubahan tingkah laku. Pernyataan yang menyatakan
bahawa ‘ kanak-kanak ialah bapa kepada manusia’ mempunyai keesahan psikologi.
Corak pertumbuhan, pembelajaran dan penyesuaian yang ditetapkan pada masa
kanak-kanak menjangkau ke masa hadapan dan mempengaruhi aliran hidup.
goood
ReplyDelete