Aneeza Bt Baharum Shah DPLI Matematik Sem 2/2012 IPG Kampus Tuanku Bainun |
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, gaya bermaksud cara atau kelakuan. Gaya
bermaksud stail atau cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada
stail atau cara pembelajarannya. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya
pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk
memproses maklumat untuk membentuk konsep dan prinsip.
Peterson (1971) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai pendekatan yang
digemari oleh seseorang pelajar. Dunn dan Dunn (1978), dalam buku Teaching Students Through Their Indivudial
Learning Styles: A Practical Approach, merujuk gaya pembelajaran sebagai
cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati
sesuatu maklumat atau kemahiran baru.
Di dalam buku mereka Learning Style
Inventory Development and Research (1982), Dunn dan Dunn menghuraikan gaya
pembelajaran sebagai cara bagaimana unsur-unsur
daripada lima rangsangan , iaitu persekitaran,
emosi, sosial, fisiologi dan psikologi, dapat mempengaruhi keupayaan
seseorang individu untuk memahami, berinteraksi dan bertindak balas kepada
persekitaran pembelajarannya.
Gregorc (1979) mentakrifkaan gaya pembelajaran sebagai tingkah laku yang
dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila menggunakan mindanya
berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat
daripadanya.
Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran
yang tersendiri. Warisan baka dan
persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pembentukan gaya
pembelajaran seseorang.
Slavin (1994) mengaitkan personaliti dengan
gaya pembelajaran dan menyatakan: “Sebagaimana
pelajar-pelajar mempunyai personaliti yang berbeza-beza, sama-sama juga mereka
mempunyai pelbagai cara belajar.”
Kesimpulannya gaya pembelajaran merupakan stail atau cara belajar seseorang
individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan
memperoleh maklumat, ilmu pengetahuan atau kemahiran yang diingini.
Gaya pembelajaran adalah hasil gabungan faktor-faktor individu sendiri
seperti jantina, umur dan personaliti, di samping pengaruh-pengaruh warisan
baka dan persekitaran, iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya
komuniti dan sekolah.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Gaya Pembelajaran |
3.0
Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
Dunn dan Dunn (1982) telah menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi
gaya pembelajaran seseorang. Di antara lima faktor ini ialah persekitaran,
emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Unsur-unsur daripada lima rangsangan
ini merupakan faktor-faktor penting yang memainkan peranan dalam pembentukan
pelbagai jenis gaya pembelajaran pelajar.
Rangsangan
Persekitaran
Rangsangan
persekitaran merangkumi empat unsur yang utama, iaitu cahaya, bunyi, suhu, dan reka
bentuk tempat belajar.
i.
Cahaya
Kadar terangnya cahaya merupakan faktor penting yang mempengaruhi gaya pembelajaran
setiap individu. Misalnya, ada yang suka belajar dengan lampu terang benderang:
ada yang suka belajar dengan cahaya yang sederhana terang sahaja. Secara amnya,
tidak ramai orang suka belajar di bawah cahaya yang malap atau terlalu terang.
ii.
Bunyi
Jenis bunyi pula menghasilkan gaya pembelajaran
yang beraneka jenis. Misalnya, terdapat pelajar yang suka belajar dengan bunyi
muzik atau di tempat yang ada siaran radio atau televisyen. Sebaliknya, terdapat
pelajar yang hanya boleh menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya dalam
keadaan yang senyap sunyi dan tenteram.
iii.
Suhu
Biasanya,
suhu yang sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.
Ramai pelajar tidak suka belajar di bawah
cuaca panas tanpa atau berhawa dingin.
iv.
Reka bentuk tempat belajar
Reka
bentuk tempat belajar, misalnya susunan meja-kerusi dalam bilik darjah yang
selesa juga boleh mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Keselesaan tempat
duduk dapat mengurangkan keletihan pelajar dalam sepanjang masa persekolahan.
Maka, ramai pelajar suka belajar di tempat duduk yang sesuai dengan gaya duduk
tersendiri.
Rangsangan Emosi
Emosi berkaitan rapat dengan
perasaan jiwa seseorang. Unsur-unsur emosi merangkumi motivasi, keazaman, sikap
tanggungjawab dan struktur.
i.
Motivasi
Motivasi biasanya dibahagikan kepada motivasi ekstrinsik
dan motivasi intrinsik. Pelajar yang mempunyai motivasi intrinsik yang kuat
biasanya suka belajar dengan inisiatif sendiri. Manakala, pelajar yang
bergantung motivasi ekstrinsik hanya boleh belajar mengikut arahan yang berstruktur
daripada guru.
ii.
Keazaman dan Tanggungjawab
Sikap
keazaman dan tanggungjawab pula dapat mempengaruhi gaya pembelajaran. Pelajar
yang mempunyai sikap keazaman dan tanggungjawab akan mengambil inisiatif
sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang. Manakala, pelajar
yang urang berazam dan kurang bertanggungjawab hanya dapat belajar dalam tempoh
masa yang singkat, dan memerlukan masa rehat sebelum meneruskan proses
pembelajarannya.
Rangsangan
Sosial
i.
Belajar Sendiri
Terdapat pelajar yang suka bersendiri, jadi gaya
pembelajarannya juga perseorangan iaitu dia suka belajar diri sendiri dan tidak
berharap orang lain berdamping dan ganggunya semasa belajar.
ii.
Belajar dengan Pasangan Karib
Pelajar yang mempunyai pasangan karib yang sentiasa
belajar bersama dengannya boleh memperolehi lebih banyak kemajuan melalui
interaksi dua hala.
iii.
Belajar Berkumpulan
Belajar bersama-sama dengan rakan sebaya, kumpulan atau
pasukan adalah merujuk kepada pembelajaran
secara berkumpulan. Gaya pembelajaran ini merangkumi ciri perbincangan,
sumbangsaran dan kerjasama yang melibatkan diri dalam permainan, pertandingan
atau menjalankan sesuatu projek.
iv.
Belajar dengan Orang Dewasa
Orang dewasa juga boleh mempengaruhi gaya pembelajaran
seseorang pelajar, khasnya orang dewasa yang disanjungi. Pelajar yang suka
belajar dengan orang dewasa yang disanjung akan bersempat mengemukakan
soalan-soalan tentang masalah yang dihadapi semasa belajar. Bimbingan orang
dewasa, misalnya ibu bapa bukan sahaja dapat membantunya menyelesaikan masalah masalah
pembelajaran yang dihadapinya tetapi juga dapat meningkatkan semangat serta
keyakinannya terhadap pembelajaran.
Rangsangan
Fisiologi
i.
Persepsi
Pelajar biasanya memperoleh maklumat atau pengalaman
melalui persepsi visual, auditori ataupun kinestetik-tactile. Pelajar yang mempunyai
persepsi visual yang tajam, dia akan suka belajar dengan alat bantu mengajar
seperti carta, gambar, graf, gambar rajah, slaid, video, televisyen, komputer
dan sebagainya. Bagi persepsi auditori yang baik pula, pelajar itu suka belajar
dalam keadaaan yang ada suara latar belakang seperti siaran muzik dari radio
atau kaset. Pelajar yang mempunyai kinestetik-tactile yang kuat dan cekap, dia
suka belajar dengan cara menyentuh dan merasa. Gaya pembelajarannya
diperlihatkan aktif dan tidak boleh duduk diam dalam tempat belajar bagi tempoh
masa yang agak lama.
ii.
Pemakanan
Dari segi pemakanan pula, terdapat pelajar yang suka makan ataupun minum
semasa belajar. Jika tidak dapat makan dan minum, pembelajarannya akan menjadi
kurang seronok dan tidak berkesan.
iii.
Waktu Belajar
Pemilihan
waktu belajar juga mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar itu. Kebiasaan, waktu
pagi atau malam menjadi kesukaan pelajar kerana suasananya lebih segar,
kondusif, nyaman dan tenteram saripada waktu petang. Ada juga yang suka beajar
pada lewat malam kerana suasana yang senyap sunyi.
iv.
Mobiliti
Tentang unsur mobiliti, terdapat pelajar yang suka
bersiri atau berjalan sans-sini semasa belajar. Terdapat juga, pelajar yang
suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar.
Rangsangan
Psikologi
Rangsangan
psikologi merangkumi unsur-unsur analitik
atau global, gerak hati, refleksi dan pemprosesan otak kiri atau otak kanan.
i.
Analitik atau Global
Pelajar yang mempunyai gaya
pembelajaran analitik ialah pelajar yang suka belajar sesuatu dengan secara
teliti. Mereka suka menganalisa fakta dan isi pelajaran secara terperinci. Gaya
pembelajaran global pula merujuk kepada pelajar yangsuka belajar sesuatu dengan
keseluruhan dengan mengamati aspek-aspek atau perkara secara menyeluruh atau
holistik.
ii.
Gerak Hati
Bagi unsur gerak hati pula, pelajar belajar bergantung
kepada angin atau moodnya. Angin yang baik mendorong pelajar
belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika sebaliknya yang berlaku, dia akan
berangan-angan dan tidak memberi tumpuan.
iii.
Reflektif
Gaya pembelajaran bersifat reflektif merujuk kepada pelajar yang suka belajar dengan cara berfikir. Pelajar ini lebih suka
menggunakan kemahiran berfikir untuk membuat kajian, membentuk hipotesis,
menganalisis, mentafsir dan membuat kesimpulan.
iv.
Pemprosesan Otak Kanan dan Otak Kiri
Mengikut Roger Sperry (1981), otak kiri manusia mempunyai
kemahiran berfikir dalam bidang logik, analitis, urutan, bahasa, fakta,
matematik dan ingatan, otak kanan manusia pula mempunyai kemahiran berfikir
dalam bidang kreatif, sintesis, warna, reka bentuk, perasaan, irama, muzik dan
imaginasi. Justeru itu, gaya pembelajaran yang menggunakan pemprosesan otak kiri bercenderung kepada pembelajaran bahasa, [penulisan,
logik, sains dan matematik. Bagi gaya pembelajaran pemprosesan otak kanan pula, kecenderungan dengan pembelajaran
muzik, pendidikan seni, mereka bentuk dan aktiviti-aktiviti yang bercorak
kreatif.
Rangsangan Psikologi |
4.0
Jenis-jenis Gaya
Pembelajaran
Jenis Gaya Pembelajaran Mengikut Murnford dan Honey
(1986)
a)
Aktivis
Gaya pembelajaran aktivis adalah orang yang melibatkan
diri secara aktif an agresif dalam aktiviti pembelajarannya. Golongan pelajar
ini biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:
·
Mempunyai sikap tidak sabar dan tergesa-gesa
·
Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap
perkara-perkara baru di alam sekitar
·
Bergerak pantas dan cepat membalas
·
Gemar mencari pengalaman baru dengan cuba jaya diri
sendiri.
·
Penuh semangat, fleksibel dan berfikiran terbuka.
·
Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat dan sentiasa
mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah sendiri.
·
Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Pelajar
yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya melibatkan diri dalam latihan amali,
permainan, sukan dan aktivti kokurikulum. Oleh itu, strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai digunakan ailah kaedah inkuiri penemuan, kaedah
projek, penyelesaian masalah, kerja praktik, perbincangan, sumbangsaran, buzz,
simulasi dan main peranan.
b)
Reflektif
Gaya pembelajaran reflektif ialah orang yang suka
memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan
dalam alam sekitar. Mereka mempunyai idea sendiri, memerhati, menyoal siasat
mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir.
Ciri-ciri gaya pembelajaran reflektif ialah:
·
Suka memikir perkara-perkara dalam alam sekitar diri
sendiri.
·
Mempunyai kemahiran berfikir secara kirits dan kreatif.
·
Suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip,
keputusan atau projek serta membuat refleksi kendiri.
·
Suka mencari hakikat yang sebenar.
·
Sikap berhati-hati, berwaspada dan sentiasa memikirkan
pelbagai pilihan dengan teliti.
·
Seseorang pendengar yang baik tetapi lambat bertindak
balas.
·
Belajar dan membuat kerja secara sistematik.
·
Tidak terburu-buru membuat keputusan atau kesimpulan.
Pelajar
yang tergolong dalam kumpulan reflektif biasanya suka belajar mata pelajaran
seperti Sejarah, bahasa dan suka melibatkan diri dalam aktiviti projek dan
kajian luar. Olh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
digunakan untuk kumpulan pelajar ini ialah kaedah penyelesaian masalah,
inkuiri-penemuan, projek dan perbincangan.
c)
Teoris
Gaya pembelajaran teoris ialah orang yang gemar
menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan sesuatu perkara. Di
antara ciri-ciri golongan pelajar ini ialah
·
Memiliki fikiran rasional dan logikal.
·
Mempunyai sikap berdisiplin serta bersifat objektif.
·
Kurang kreatif dan menitikberatkan penggunaan pemprosesan
otak kiri.
·
Suka membentuk hipotesis, menguji hipotesis dan membuat
kesimpulan berdasarkan bukti.
·
Suka mengesan sebab dan akibat sesuatu perkara yang
berlaku.
·
Berminat mengkaji fenomena-fenomena yang berlaku dalam
alam sekitar.
Golongan
pelajar bersifat teoris ini biasanya suka belajar matematik, sains, logik,
geografi dan sejarah. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai digunakan untuk mengajar mereka ialah kaedah induksi dan deduksi,
bertukar pendapat melalui perbincangan dan mengumpul data untuk membuat
analisis, tafsiran dan membuat rumusan melalui kaedah penyelidikan.
d)
Pragmatis
Gaya pembelajaran pragmatis ialah pelajar yang bersifat
praktikal dan mementingkan hakikat yang sebenardaripada teori, hukum atau
prinsip yang sedia ada. Mereka mengutamakan aplikasi teori, hukum dan prinsip
sedia ada dalam situasi sebenar. Ciri-ciri gaya pembelajaran pragmatis ialah:
·
Bersifat praktikal dan berpijak di bumi nyata.
·
Mementingkan bukti dan hakikat yang sebenar sebagai
objektif pembelajaran.
·
Percaya perkara yang dapat dilihat daripada mendengar.
·
Mengutamakan kegunaan dan penggunaan sesuatu perkara.
·
Lebih bersifat ekspresif daripada kreatif.
·
Suka membuat perbandingan.
Golongan
pelajar di bawah gaya pembelajaran pragmatis menggunakan bahan-bahan konkrit
untuk menjalankan aktviti pembelajaran. Oleh itu gaya pembelajaran yang sesuai
digunakan untuk golongan pelajar ini ialah kaedah kerja praktik, strategi
pemusatan bahan termasuk bahan elektronik, carta dan gambar rajah serta kaedah
deduksi yang melibatkan aplikasinya.
Gaya Pembelajaran Visual, Auditori, Kinestetik (VAK)
Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran
Visual, Auditori dan Kinestetik.
i.
Gaya Pembelajaran Visual
·
Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks
berbentuk perkataan dalam buku di papan hitam atau paparan komputer.
·
Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan
penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.
·
Murid “visual” tidak memerlukan penerangan lisan seperti
“auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.
·
Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan
lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu.
ii.
Gaya Pembelajaran Auditori
·
Murid auditori belajar dengan mendengar perkataan yang
disebut dan juga arahan lisan.
·
Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat
atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu
yang baru.
·
Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula
rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.
iii.
Gaya Pembelajaran Kinestetik
·
Murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui pengalaman
dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah.
·
Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila
mencuba terus melalui hands-on.
Gaya Pembelajaran Bloom
·
Kognitif adalah satu pengelasan yang menerangkan sesuatu
perkara yang berkaitan dengan akal fikiran seperti contoh satu pengetahuan yang
diketahui, dan kemudiannya pelajar dapat menterjemahkan dengan penghuraian dan
kefahaman sendiri, mengaplikasikan pengetahuan, menganalisis dan boleh
membentuk satu pengetahuan yang baru melalui sintesis dan akhirnya membuat
penilaian
·
Efektif merupakan satu nilai dan perasaan. Ia boleh
dijelaskan dengan konsep penerimaam rangsangan daripada penggunaan lima deria
yang ada di dalam proses pembelajaran. Kemudian rangsangan ini akan memberikan
satu reaksi dan tindak balas. Seterusnya akan menilai dan mengatur proses
pembelajaran tersebut.
·
Psikomotor merupakan satu kemahiran fizikal berlakunya
pembiasan atau tingkahlaku peniruan bagi sesuatu kemajuan akan ditunjukkan.
Kemahiran akan berkembang yang mana proses latihan akan dijalankan untuk
membentuk satu habit. Apabila berlaku penyesuaian berlaku dan kemahiran telah
dikuasai dan disesuaikan dengan situasi yang baru dan akhirnya akan berlaku
naturalisasi yang mana latihan yang berterusan akan dilakukan bagi membina
kemahiran yang jitu serta serta untuk mengekalkan kejituan.
Gaya
Pembelajaran Robert Gagne
·
Pembelajaran bergerak ialah daripada yang mudah dan ke
arah yang lebih kompleks.
·
Penggunaan isyarat seperti kad imbasan adalah mudah dan
tidak memerlukan penggunaan akal fikiran.
·
Pembelajran rangsangan gerak balas yang membawa implikasi
bahawa guru hendaklah memberikan pujian dan galakan kepada murid. Latihan dan
kaedah cuba jaya dilakukan.
·
Pembelajaran yang berangkaian yang mana guru menggunakan
pendekatan pengulangan serta membuat sesuatu mengikut urutan pengajaran.
·
Kemahiran komunikasi di antara guru dan pelajar biasanya
menggunakan hujah. Interaksi dua hala adalah digalakkan untuk mendapatkan satu
proses pembelajaran yang sempurna.
·
Guru hendaklah mengenalpasti objektif dan menerangkan
kepada pelajar agar pembentukan konsep mudah diperolehi.
·
Guru menggunakan pendekatan dengan membuat perbandingan
dan juga palikasi di dalam mata pelajaran tertentu.
·
Guru hendaklah membuat bimbingan bagi mendiskriminasikan
sesuatu fakta yang penting daripada yang kurang penting.
Model-model
Gaya Pembelajaran
Model-Model Gaya Pembelajaran |
Carl
Jung (1875-1961) mengkategorikan individu kepada dua kumpulan yang utama iaitu introvert dan ekstrovert.
Perbezaan dua kumpulan personaliti tersebut adalah berdasarkan kepada
faktor-faktor berikut:
·
Mentafsir situasi atau fenomena
·
Penumpuan perhatian
·
Pemupukan tenaga
·
Membuat penilaian
·
Menetapkan keputusan
·
Mengawal pandangannya pada persekitaran
Menurut
Carl Jung, setiap individu sama ada introvert ataupun ekstrovert memproses
maklumat daripada persekitarannya sama ada secara imaginatif, intuitif, berasaskan
perasaan ataupun logik.
Model Kolb Learning Style Inventory
(1984)
Pengasasnya David Kolb
telah mengklsifikasikan aktiviti pembelajaran pelajar kepada dua bahagian. Ia
terdiri daripada persepsi dan pemprosesan. Setiap aktiviti pembelajaran ini boleh
dibahagikan secara bertentangan. Sebagai contoh ada individu yang menerima
maklumat secara berkesan melalui pengalaman yang konkrit atau pengalaman secara
langsung. Selain itu terdapat juga individu lain menerima maklumat secara
abstrak atau secara pengalaman simbolik. Berikut adalah huaian ciri-ciri gaya
belajar Kolb yang sudah diubahsuai.
a) Akomodator
Merupakan gabungan aktif dan
pengalaman konkrit. Orientasi yang tertentu harus diberikan kepada pelajar.
Pelajar belajar melalui kaedah mencuba hingga berjaya dan aktiviti penyelesaian
masalah. Ciri-ciri pelajar akomodator adalah seperti berikut:
i.
Menerima maklumat yang bersifat nyata dan spesifik dan
memperosesnya dengan cara melakukan percubaan.
ii.
Tidak mahir dalam membina teori dan idea.
iii.
Cenderung mencari pengalaman baru dan melakukan pelbagai
percubaan.
iv.
Sanggup menerima sebarang risiko.
v.
Berkebolehan membiasakan diri dalam suasana yang baru dan
asing.
vi.
Gemar mengikut gerak jati dan belajar menggunakan kaedah
‘cuba jaya’ dalam menyelesaikan sebarang masalah.
vii.
Sering bersikap tergesa-gesa dan cepat putus asa apabila
berhadapan dengan maklumat yang susah difahami.
b) Diverger
Gabungan peringkat pengalaman
konkrit dan pemerhatian yang reflektif. Pelajar dalam kombinasi dimensi
pembelajaran ini cenderung kepada penggunaan maklumat perolehan deria dan
perasaan. Ciri-ciri pelajar adalah seperti berikut:
i.
Menerima maklumat yang nyata dan spesifik dan membuat
pemerhatian mendalam terhadap maklumat tersebut sebelum membuat keputusan.
ii.
Kebolehan berimaginasi.
iii.
Berkebolehan menjana pelbagai idea
iv.
Cenderung dalam bidang kemanusiaan dan sastera.
v.
Menggunakan pendekatan sosial dalam pembelajaran dan
sensitif dengan perasaan.
c) Assimilator
Merupakan gabungan dimensi pemikiran
reflektif dan konseptualisasi abstrak. Orientasi pembelajaran berbentuk teori
dan pemikiran abstrak.
i.
Menerima maklumat bersifat abstrak dan rumit serta
memprosesnya dengan cara membuat pemerhatian yang mendalam sebelum membuat
sebarang keputusan.
ii.
Kekuatannya adalah daripada segi kebolehan membuat model
teoritikal.
iii.
Berkebolehan menggabungkan pelbagai idea bagi membentuk
suatu konsep
iv.
Tidak minat bersosial hanya cenderung ke arah
keberkesanan sesuatu teori atau idea dan bukannya nilai praktikalnya.
d)
Konverger
Gabungan
peringkat konseptualisasi abstrak dan eksperimen aktif. Pelajar-pelajar lebih
cenderung memperoleh kefahaman yang baik terhadap idea-idea yang praktikal
berdasarkan pemerhatian mereka.
i.
Menerima maklumat yang bersifat abstrak dan rumit dan
memprosesnya dengan cara melakukan percubaan.
ii.
Tidak gemar berimaginasi.
iii.
Mencari hanya satu idea yang paling logik dan tepat dalam
menyelesaikan masalah.
iv.
Tidak gemar menjana pelbagai idea.
v.
Tidak bersifat emosi dan lebih gemar berhubung dengan
alat-alatan daripada orang ramai.
Model Dunn
dan Dunn
Model ini dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr. Kenneth Dunn. Model ini mencadangkan bahawa gaya pembelajaran seseorang pelajar berganutng kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus seperti dalam jadual berikut:
Model Dunn & Dunn |
Prinsip-prinsip Model Pembelajaran Dunn & Dunn
·
Kebanyakkan individu mampu dan boleh belajar
·
Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu
·
Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim,
sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, bersesuaian dengan gaya pembelajaran
dan sekaligus mengoptimumkan proses pembelajarannya.
Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) 1985
Menurut MBTI, baka memainkan peranan penting dalam pembentukan dan
personaliti seseorang. Kanak-kanak yang diasuh dengan penuh demokratik dan penuh
kebebasan akan menunjukkan dengan jelas ciri-ciri ekstrovert iaitu dapat
menyesuaikan diri dengan cepat, peramah, mudah berinteraksi dengan orang lain,
bebas daripada perasaan bimbang dan berminat dengan pelbagai jenis sukan.
MBTI
juga berpendapat pelajar yang berpersonaliti introvert lebih memfokuskan ke
dalam diri sendiri. Mereka tidak gemarkan aktiviti-aktiviti sosial yang
tentunya melibatkan hubungan interpersonal. Selain itu, mereka bersifat pasif,
sensitif dan pemalu, mereka juga gemar bekerja secara sendirian. Walaupun
golongan ini tidak mempunyai ramai rakan, mereka mempunyai ikatan persahabatan
yang berpanjangan.
Herman Brain Dominee Instrument (HBDI)
Model ini dibangunkan oleh Hermann
Witkin pada tahun 1962. Fungsi model ini adalah untuk membantu pelajar memahami
secara mendalam gaya pembelajaran serta dapat membuat strategi pembelajaran
mereka sendiri. Malah model ini dapat membantu pengajar memahami
pelajar-pelajar mereka. Model ini berkonsepkan penggunaan otak manusia. Model
gay belajar HBDI dibentuk mengikut kecenderungan relatif pelajar ntuk berfikir
berdasarkan fungsi dan tugas-tugas spesifik bahagian-bahagian otak iaitu:
Bahagian A: Otak kiri
atau cerebral. Pelajar berkecenderungan berfikir secara logik, analitis, fakta
dan kuantitatif.
Bahagian B: Otak kiri
atau limbic. Pelajar berkecenderungan berfikir secara terangkai, berstruktur,
terperinci dan terancang.
Bahagian C: Otak kanan
atau limbic. Aktiviti berfikir melibatkan perasaan, interpersonal, sensori,
kinestetik dan simbolik.
Bahagian D: Otak kanan
atau cerebral. Pelajar berkecenderungan berfikir secara visual, holistik dan
inovatif
Model Felder – Silverman Learning Style
Model ini dibangunkan oleh seorang profesor Kejuruteraan Kimia iaitu
Richard Felder dan ahli psikolologi pendidikan, Linda K. Silverman. Model gaya
pembelajaran ini direka cipta untuk digunakan pada pelajar jurusan teknikal.
Tujuan model ini adalah untuk mendorong kepada penyeimbangan penggunaan kaedah
pengajaran dan bukan mengikut gaya yang disukai oleh guru. Index of Learning Style (ILS), digunakan sebagai instrumen untuk
menentukan gaya pengajaran, di mana empat dimensi diambil kira. Setiap dimensi
terdiri daripada dua pola yang bertentangan, iaitu aktif atau reflektif,
sensing atau intuitif, visual atau verbal dan jujukan atau global.
Dimensi-dimensi tersebut ialah:
i.
Sensing (berorientasi praktikal) atau Intuitif
(berorientasikan teori)
ii.
Aktif (belajar dengan mencuba) atau Reflektif (belajar
dengan berfikir)
iii.
Visual (Memilih penggunaan visual dalam pembelajaran )
atau Verbal (Memilih pembelajaran secara lisan)
iv.
Sequential (berfikiran secara linear) atau Global
(Berfikiran secara meluas)
Implikasi
Gaya Pembelajaran Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Implikasi gaya pembelajaran adalah satu kesan akibat daripada cara
pengajaran guru di dalam proses pembelajaran. Umumnya, proses pengajaran
perlulah seimbang dengan gaya semua pelajar kerana hampir keseluruhan individu
pelajar itu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza di antara satu dengan yang
lain. Berikut merupakan implikasi gaya pembelajaran kepada P&P dari aspek:
·
Kurikulum
Guru meletakkan dan menekankan intuisi, perasaan, sensing
dan imaginasi utk mendorong murid menganalisis, memberikan alasan dan
menyelesaikan mslh secara tersusun.
·
Bimbingan
i.
Guru sepatutnya mereka
satu bentuk bimbingan utk menghubungkan bentuk gaya pembeljaran dgn mengambil
unsur pengalaman, refleksi, conceptualization dan ujikaji
ii.
Guru blh mendedahkan murid dgn pelbagai unsur pglmn di
dalam bilik darjah spt unsur bunyi, muzik, visual, pergerakan, perbualan dan
percakapan.
Penilaian
i.
guru sepatutnya melaksanakan pelbagai bentuk teknik
penilaian yg memberikan fokus pada perkembangan thdp kapasiti otak secara
keseluruhan yg ada kaitan dgn gaya pembelajaran
Terdapat beberapa implikasi gaya pembelajaran di dalam proses pembelajaran.
“sekiranya seseorang pelajar tidak boleh belajar dengan berkesan, maka
seseorang guru perlulah prihatin dan berusaha untuk memajukan diri pelajar
dalam memenuhi kehendak pembelajaran mereka. Menurut Rita dan Kenneth Dunn
dalam Ee Ah Meng (1997), “if the children
cannot learn the way we teach them, then we must teach them the way they
learn”.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCasino Games - JT Hub
ReplyDeleteA full selection of casino games from online 거제 출장샵 casino providers. Play with free 춘천 출장샵 spins and a deposit bonus. Claim your bonus today!Game Theme: Pragmatic Play, Joker, BaMin 남원 출장샵 Deposit: 10,000 IDRBonus: 제천 출장안마 200% 광명 출장샵 up to ₦3,000