Monday, 6 August 2012

GAYA KOGNITIF



 Disediakan Oleh : 
Noor Farisha Bt Nasir
DPLI Matematik
IPGKTB, Bukit Mertajam 
Pulau Pinang





1.0    GAYA KOGNITIF


Gaya kognitif dan gaya pembelajaran adalah dua konsep yang dianggap oleh ramai orang sebagai sama. Sebenarnya dua konsep ini adalah berlainan. Contohnya, Woolfolk (1998) mengatakan gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi dan menyusun maklumat mengenai persekitarannya sementara gaya pembelajaran pula ialah pendekatan cara belajar individu.
Manakala Borich & Tombari (1995) menjelaskan gaya kognitif adalah cara individu memproses dan berfikir perkara yang dipelajarinya sementara gaya pembeljaran adalah keadaan persekitaran atau keadaan bilik darjah yang digemari oleh individu untuk belajar.Menurut Santrock (2000) menganggap gaya ialah salah satu cara seseorang menggunakan keupayaannya. Gaya belajar bermaksud cara yang digemari seseorang menggunakan keupayaan belajarnya.
Gaya kognitif merupakan cara seseorang individu mengingat, membuat persepsi dan memperolehi kembali maklumat. Ia juga menerangkan bagaimana seseorang individu memperoleh pengetahuan (kognisi) dan bagaimana mereka memproses pengetahuan tersebut (konseptual)
Gaya kognitif murid-murid juga akan menentukan jenis pembelajaran mereka sama ada ia adalah auditori, visual, kinestetik dan sebagainya. Ia juga akan menentukan tahap penumpuan mereka sama ada mereka dapat memokus kepada sesuatu tugasan atau tidak. Jadi, dalam usaha untuk merapatkan perhubungan dengan murid-murid mereka, guru-guru perlu memahami gaya  kognitif murid-murid mereka.

Teori Perkembangan Kognitif

Bagi sistem pembelajaran, kebanyakkan perlaksanaan pengajaran dan perkembangan kokurikulum adalah berlandaskan kepada beberapa teori perkembangan Kognitif yang telah dikemukakan oleh beberapa tokoh yang terkemuka seperti:

  • Teori Perkembangan Kognitif Oleh Paiget, Vygotsky,
  • Teori Hieraki Pembelajaran Oleh Gagne,
  • Teori Pengukuhan Oleh Skinner,
  • Teori Geneatif Oleh Wittrock
  • Teori Konstruktif Oleh Driver.

Teori – teori ini banyak memberi sumbangan di dalam aspek-aspek yang tertentu misalannya pandangan Piaget terhadap masalah epistermologi yang memfokuskan kepada bagaimana seseorang itu memperoleh ilmu. Pandangan dan idea Piaget telah dikritik oleh Vygotsky yang telah berjaya merumuskan bebarapa pertimbangan. Pertimbangan Vygotsky telah menjadi satu alternative yang paling kukuh terhadap idea dan pandangan Piaget.Secara tidak langsung pandangan dan idea Piaget telah diperbaiki. Namun demikian, Vygorsky lebih banyak memberi ideanya dalam pembangunan bahasa, budaya dan kognitif.

Teori Paiget

Pada tahun 1960an sehingga 1970an, Teori Piaget merupakan satu teori utama dalam bidang kajian perkembangan psikologi kognitif. (Helen Gavin,1998). Dua prinsip yang diaplikasikan oleh Piaget dalam memperkembangkan psikologi kognitif:
a.    Tindakan permulaan secara berulang-ulang perlu ditekankan oleh pengajar dalam menghasilkan struktur minda seseorang pelajar untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Sebagai contoh, jika pelajar ingin para pelajarnya dapat mengira masalah matematik secara mental tanpa menggunakan kertas mahupun alat kira, maka mereka harus membanyakkan latihan sebelum mereka pakar dalam kemahiran tersebut. Dalam ertikata lain, latihan adalah penting untuk memahirkan diri dalam bidang tertentu.
b.    Peringkat perkembangan pelajar haruslah diambil kira dalam mereka bentuk prohram pendidikan. Secara umumnya terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam penyediaan bahan pengajaran antara:


                                                  i.    Berapa banyakkah ilmu yang boleh diterima oleh pelajar pada satu-satu masa atau kuantiti ilmu yang diajarkan pada satu-satu masa.

                                                ii.    Adakah untuk memahami ilmu yang diajarkan, pelajar harus mempunyai kamahiran berfikiran secara bertentangan atau berfikiran analisis dan sintesis terhadap maksud pengajaran.

                                               iii.    Adakah perkara-perkara penting dalam bahan pengajaran tersebut dapat ditekankan sebagai menerangkan bagi keseluruhan pemahaman. ( Byrnes, 1996)                    


Teori perkembangan kognitif menurut Jean Piaget






                                                         
Teori Vygotsky

            Vygotsky adalah orang pertama yang membuat kritikan membina terhadap idea yang telah dinyatakan oleh Piaget. Sepanjang 1924-1934 beliau telah berjaya merumuskan beberapa pertimbangan yang menjadi satu alternative yang paling kukuh terhadap idea Piaget. Vygotsky banyak memberi sumbangan dalam pembangunan kognitif bergantung kepada individu di dalam dunia kanak-kanak. Pengetahuan kanak-kanak, idea, sikap dan nilai – nilai berkembang melalui interaksi dengan pemikiran yang lain. Beliau turut berpendapat bahawa budaya dan bahasa memainkan peranan penting dalam pembangunan kognitif.
            Vygotsky merupakan seorang ahli psikologi yang banyak memberikan sumbangan kearah bidang psikologi dalam tahun 1920an ke tahun 1930an. Namun begitu sumbangan beliau hanya mula ,mendapat tempat pengkaji psikologi mulia 1960an. Melalui pendekatannya, Vygotsky berpendapat terdapat tiga (3) implikasi dalam bidang pendidikan iaitu:
a.    Pengajar harus bertindak seumpama penyokong bangunan (seaffolding) yang mana ianya menyokong bangunan dari tumbang ataupun runtuh. Dalam hal ini, pengajar haruslah memberikan bantuan yang sesuai untuk membolehkan pelajar tersebut berusaha dengan sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, pengajar seharusnya membimbing pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara langkah demi langkah selain memberi panduan supaya pelajar dapat menyelesaikan masalah dengan sendiri.
b.    Arahan haruslah diberikan secara lanjut dari peringkat dimana pelajar tersebut berada. Iaitu, arahan mendahului dari peringkat pemahaman pelajar.
c.    Dalam proses untuk pelajar memahirkan kepada sesuatu ilmu, perlaksanaan arahan haruslah dilakukan pada empat (4) peringkat iaitu:
                                               

                                                  i.    Peringkat pertama – pengajar haruslah menunjuk dan mengajar secara verbal tentang sesuatu ilmu.
                                                ii.    Peringkat kedua – pelajar haruslah meniru apa yang diajarkan oleh pengajar
                                         iii.    Peringkat ketiga – pengajar haruslah meninggalkan pelajar supaya mereka dapat memahirkan diri mereka pada peringkat yang lebih tinggi
                                               iv.    Peringkat Keempat – kesemua pelajar haruslah bertindak sebagai guru secara bergilir-gilir sehingga kesemua pelajar tersebut dapat memahirkan diri mereka ( Byrnes, 1996)


Jenis –jenis gaya kognitif

Menurut (Garity, 1985), gaya kognitif merujuk kepada cara-cara manusia memproses maklumat dan pengalaman mereka. Gaya kognitif juga membawa maksud cara-cara manusia mengamati sesuatu (persepsi), penyusunan dan pemanggilan balik (retrieval) maklumat dan pengalaman (Lachinger dan Boss 1985). Ia juga merujuk kepada cara-cara manusia menyelesaikan sesuatu permasalahan.
Pada kebiasaannya, terdapat 5 gaya kognitif yang utama, iaitu :




dan kebanyakkan murid-murid menggunakan kombinasi-kombinasi diantara lima gaya kognitif ini.

Gaya Kognitif Analisis




            Murid-murid yang mempunyai gaya kognitif analisis sentiasa mencari suatu keputusan yang boleh diramal. Seseorang yang mempunyai pemikiran ini sentiasa bimbang jika sesuatu rancangan yang dirancang telah gagal atau sesuatu butiran telah dilupakan atau ditinggalkan.
            Murid-murid ini juga akan berfikir secara saintifik untuk mendapat keputusan yang dikehendaki. Antara ciri-ciri murid-murid yang mempunyai gaya kognitif analisis adalah :
(i)          Sentiasa merancang sesuatu dengan teliti dan terperinci
(ii)        Sentiasa membuat banyak set kriteria serta memilih kriteria-kriteria yang paling baik
(iii)   Mereka percaya bahawa dengan maklumat dan kajian yang cukup, setiap permasalahan yang dihadapi dapat diselesaikan
Tetapi, terdapat satu masalah yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar murid-murid ini ialah, murid-murid ini akan menganggap diri mereka gagal apabila idea-idea yang dikemukakan oleh mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Gaya Kognitif Idealis



            Murid –murid yang mempunyai gaya kognitif idealis sentiasa bersifat reseptif dan mengambil pendangan yang lebih luas apabila berhadapan dengan sesuatu permasalahan. Mereka juga suka bertanya orang lain apabila menghadapi sebarang kemusykilan. Mereka juga suka mementingkan aspek moral dan selalu menyoal diri tentang apa yang dilakukan oleh mereka. Jadi mereka suka melibatkan diri dalam proses introspeksi diri.
            Mereka juga tidak melihat setiap situasi sebagai satu masalah. Bagi mereka setiap masalah boleh diatasi jika semua orang mencapai kata persetujuan dan bekerjasama. Mereka juga sentiasa melibatkan diri dalam perbincangan secara “suportif” dan sering tersenyum.Golongan ini juga senang untuk bekerjasama kerana mereka sentiasa mempertimbangkan emosi orang lain dan suka membincangakan tentang orang lain dan masalah yang dihadapi mereka.
            Mereka juga senang mempercayai orang lain dan suka membuat kerja secara harmoni dengan orang lain serta tidak suka melibatkan diri dalam konflik dan perdebatan.

Gaya Kognitif Pragmatik



            Gaya Kognitif Pragmatik merujuk kepada pemikiran yang berpandukan pengalaman praktikal dan pemerhatian dan bukan yang berasaskan teori. Menurut Bramson (2000), “pemikir Pragmatik” adalah Fleksibel yang mencari ganjaran langsung. Bramson juga mencadngkan penekanan terhadap objektif-objektif yang dapat dimulakan dengan sumber-sumber yang sedia ada.
            Murid yang mempunyai gaya kognitif pragmatic bertumpu kepada amalan-amalan praktikal dan bagaimana menangani sesuatu masalah dengan realistic dan logik. Mereka juga suka bereksperimentasi dan mempunyai daya inovasi yang tinggi. Mereka juga suka merangka strategi dan taktik apabila melakukan sesuatu kerja dan boleh melakukan beberapa perkerjaan pada masa yang sama. Bagi mereka pengalaman adalah guru terbaik mereka.
            Walaubagaimanapun, mereka tidak gemar kepada perbincangan yang abstrak dan tidak suka menilai orang lain.

Gaya Kognitif Realisme




Murid – murid yang berfikiran secara realis menganggap dunia realiti mengikut apa yang dipaparkan oleh lima deria mereka; iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan sentuhan dan tidak bergantung kepada buku atau bahan media yang lain.
Mereka yang mempunyai gaya kognitif realis menumpukan kepada apa yang boleh dilihat secara  fizikal.Mereka suka mencari kebenaran kerana mereka menganggap dunia ini kurang sempurna.Golongan ini akan mencari fakta sendiri dan tidak suka bergantung kepada orang lain atau kepada para pakar.Mereka ini suka mendapat kata sepakat dengan semua orang dalam kumpulan yang sama. Jika mereka tidak dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan mereka akan bergantung kepada nasihat daripada seorang pakar.
Mereka juga tidak suka menulis laporan yang panjang tetapi suka menulis laporan yang ringkas dan tepat. Mereka suka mencari apa yang salah dan memokuskan kepada cara-cara untuk membaikinya.

Gaya Kognitif Sintesis



            Murid-murid yang mengamalkan gaya kognitif sintesis, mampu mencari data dan maklumat untuk menghasilkan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan. Mereka juga mampu menyelesaikan sesuatu masalah kerana kebolehan pemikiran mereka lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai gaya pemikiran analisis.
            Mereka juga mempunyai kebolehan untuk menggabungkan, mengintegrasi dan mencatumkan idea-idea. Mereka juga boleh menafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip-prinsip induksi dan deduksi. Mereka juga suka membuat aktiviti-aktiviti pemikiran yang melibatkan konsep seperti rumusan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, rekaan, gubahan dan sebagainya.
            Murid-murid ini suka berfikir secara kreatif dan menganggap dunia ini sebagai sesuatu tempat yang kompleks. Jadi guru-guru perlu bersabar dalam mendengar  pendengaran mereka dan memahami bahawa mereka suka berhujah dan bukan menentang atau berlawan dengan guru-guru.

Implikasi Gaya Kognitif Terhadap Pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Pada kesimpulannya, proses pengajaran seharusnya memberikan peluang kepada murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis.Implikasi gaya kognitif terhadap P&P ialah dapat menyediakan maklumat yang berguna kepada guru-guru mengenai kaedah pengajaran mereka. Ia juga memberi kesan kepada penstrukturan kurikulum dan penilaian dalam sekolah-sekolah. Selain itu,kajian mengenai gaya kognitif adalah penting untuk menentukan tahap inovasi dalam kaedah-kaedah pengajaran dan penilaian dalam sekolah.
            Ia juga dapat membantu guru-guru dan perancang-perancang kurikulum dalam merancang proses-proses pengajaran dengan lebih sistematik.Guru yang professional juga dapat mengajar dengan lebih profesional. Guru juga dapat membantu pakar kurikulum dalam merancang pengajaran efektif. Guru akan lebih peka terhadap gaya kognitif dan kesannya terhadap persekitaran P&P.

                                                                                                                                         

No comments:

Post a Comment